Thursday, March 19, 2009

Kambing Jantan Untuk Di Jual

NAF ingin menjual 7 ekor kambing jantan baka jamnapari cross & boer cross. Umur 1 tahun dengan berat lebih kurang 40kg. Jika ada rakan2 ternak yg berminat sila hubungi saya untuk berbincang tentang harga.

Thursday, January 15, 2009

Gambar Terbaru Kambing

Ini dia gambar anak kambing boer yang baru lahir pada 12/1/2009. Dua2 betina...alhamdullillah rezeki ALLAH :-



Ini pula gambar kambing2 yang sedang meragut rumput di kawasan padang ragut. Kalau perasan dlm gambar tu boleh nampak kandang baru yang telah siap. Taklah besar sangat tp boleh lah untuk menampung penghuni kambing yang makin bertambah :-





Dah kenyang semuanya berbaris balik ke kandang hehehe.. :-


Ini dia pejantan boer yang lebih suka dok melepak kat atas pangkin daripada join kambing lain meragut rumput hehehe... :-


Monday, January 12, 2009

Alhamdulillah, kambing beranak lagi...

Baru terima call dari pengurus Nizam Agro Farm..ayah saya la sapa lagi...beritahu yg seekor dr kambing betina yg tengah bunting baru beranak...2 ekor..rezeki alhamdulillah...tp saya lupo lak nk tanya jantina anak2 kambing tu...tp takpe...esok petang saya akan balik ke kandang nk jenguk anak2 kambing yg baru lahir tu...nk ambik gambar sekali....kalau sempat akan update dlm blog...gambar kandang baru pun x sempat ambik lg..hehehe...esok ambik la sekali...
Lagi satu perkara nk update...kalau jadi Nizam Agro Farm akan mengusahakan projek ternakan ikan keli..masih dlm perbincangan...joint dengan adik saya...nampak gayanya..kalau jd saya terpaksa korbankan tanaman serai..cili api..dan juga reban ayam kampung sbb adik saya cakap dia nak gali kolam untuk 2 ke 3 petak sawah...kat mana nak pindah kan serai..cili api dan ayam tu nanti ya..? pening2...apa2 hal nnt..saya akan update....insyaAllah....

Thursday, December 4, 2008

Salam Semua,
Lama dah tak jengah dan update blog. Sibuk dengan urusan kerja dan pembinaan kandang baru yang belum siap lagi. Dinding baru siap dan insyaAllah kalau tiada halangan minggu depan siaplah kandang baru Nizam Agro Farm. Kalau dah siap nanti, saya akan update.

Sunday, September 28, 2008

SALAM AIDILFITRI

Buat semua Rakan2 ternak, Nizam Agro Farm ingin mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ". Jika ada kelapangan dan kesempatan, jemputlah datang ke rumah saya di alamat :-

No 3, Jalan Saujana 2/11,
Taman Saujana Seksyen 2,
75450, Bukit Katil,
Melaka

Sunday, September 14, 2008

Semalam balik ke kandang sempat la ambik beberapa keping gambar kambing dan kandang baru yang masih dalam pembinaan. InsyaAllah akan siap selepas hari raya Aidilfitri nanti.










Gambar baby jamnapari yang berusia lebih kurang 1 bulan. Alhamdulillah telah menunjukkan tanda2 baka jamnapari yang tulen seperti ketinggiannya, susuk tubuh dan juga bulunya. Dia ni sangat jinak dan mesra terutama dengan anak2 saya :-








Gambar baby boer cross yang baru berusia 2 minggu :-





Semalam juga saya membeli garam bukit himalaya dari Encik Sham Integrated Farm. Nampak gayanya kambing lebih sukakan garam bukit berbanding garam jilatan biasa. Saya belum gantung lagi garam kambing dah sibuk nak menjilat. Terima kasih pada Encik Sham. Selain garam bukit, saya juga membeli EM aktif serbaguna untuk dicampur dengan molasses dan baja organik EM untuk dicampur dengan pellet.

Wednesday, September 3, 2008

Terkini di Nizam Agro Farm

Semalam, salah seekor anak kambing yang baru beranak(yang betina) telah mati. Tak tahu punca kematian. Tak ada rezeki kami dan mungkin ini ujian dari Allah s.w.t. Yang seekor lagi(jantan) alhamdulillah nampak sihat.
Plan untuk pembinaan kandang ke 2 telah bermula. Tiang batu dah tegak dah. Mungkin hujung minggu akan sambung lagi kerja2 pembinaan. InsyaAllah, saya akan update nanti.