Sunday, January 10, 2010

Terbaru Di Nizam Agro Farm

Salam buat rakan2 ternak, dah lama saya tak update blog. Ni baru ada kesempatan. Terbaru, penghuni NAF telah bertambah dengan kelahiran 5 ekor baby boer dan jamna. Disini saya sertkan beberapa keping gambar baby kambing,kambing yang sedang meragut rumput dan juga gambar pejantan jamnapari yang berumur setahun setengah. Layan...
















Friday, October 30, 2009

Baby Jamna

Salam buat rakan2 ternak,
Dah lama tak jenguk blog, baru ni ada kesempatan. Terima kasih kepada rakan2 ternak yang sudi singgah ke NAF. InsyaAllah, ada kesempatan saya akan singgah ke blog tuan2. Alhamdulillah, NAF telah menerima kelahiran seekor baby jamna jantan yg sungguh comel. InsyaAllah, akan datang penghuni NAF akan bertambah lagi kerana beberapa ekor induk betina tengah bunting. Disini saya sertakan photo baby jamna jantan yg baru lahir.




Friday, July 10, 2009

Baru sempat nak jengah blog...

Salam rakan2 ternak semua, dah lama saya tak jengah blog. Baru ni ada kesempatan. Gambar anak2 kambing pun belum update lagi. Dan yang terbaru dua ekor kambing betina - baka jamnapari dan boer cross telah melahirkan masing2 seekor anak minggu lepas. Tak sempat ambil gambar lagi. Nanti bila ada kesempatan saya akan update gambar2 terkini di NAF.

Friday, April 24, 2009

Alhamdulillah, kambing beranak lagi..

Alhamdulillah, 2 ekor kambing betina baka jamnapari telah selamat beranak. Anaknya hasil kacukan dengan pejantan boer. Seekor telah melahirkan sepasang jantan dan betina dan seekor lagi melahirkan seekor anak betina. Tak sempat update gambar lagi.
NAF juga telah menjual 2 ekor kambing jantan kacukan jamnapari. Tinggal lagi seekor kambing jantan untuk di jual. Setakat ini dulu, nanti akan update gambar anak kambing. Dan terima kasih kepada rakan2 ternak yg sudi singgah ke blog ini.

Sunday, March 29, 2009

Kambing beranak lagi dan foto terbaru kambing

Alhamdulillah, hari khamis yang lepas seekor kambing betina anglo selamat melahirkan 3 ekor anak kambing. Jantina tiga2 anak jantan. Disini, saya attachkan beberapa keping gambar terbaru anak kambing. Layan...





Monday, March 23, 2009

Kambing beranak lagi...Alhamdulillah rezeki dari Allah

Salam semua, hari khamis minggu lepas seekor kambing betina boer cross melahirkan sepasang anak kambing yang sungguh comel. Ni baka dari pejantan boer. Nanti kalau sempat saya akan update gambar.
Tentang jualan kambing pula, dari 7 ekor 4 ekor telah dijual hari sabtu lepas. Dibeli oleh rakan dari Jasin. Tinggal lagi 3 ekor kambing jantan baka jamnapari cross untuk dijual. Jika ada yang berminat silah hubungi saya.

Thursday, March 19, 2009

Kambing Jantan Untuk Di Jual

NAF ingin menjual 7 ekor kambing jantan baka jamnapari cross & boer cross. Umur 1 tahun dengan berat lebih kurang 40kg. Jika ada rakan2 ternak yg berminat sila hubungi saya untuk berbincang tentang harga.