Sunday, September 14, 2008

Semalam balik ke kandang sempat la ambik beberapa keping gambar kambing dan kandang baru yang masih dalam pembinaan. InsyaAllah akan siap selepas hari raya Aidilfitri nanti.










Gambar baby jamnapari yang berusia lebih kurang 1 bulan. Alhamdulillah telah menunjukkan tanda2 baka jamnapari yang tulen seperti ketinggiannya, susuk tubuh dan juga bulunya. Dia ni sangat jinak dan mesra terutama dengan anak2 saya :-








Gambar baby boer cross yang baru berusia 2 minggu :-





Semalam juga saya membeli garam bukit himalaya dari Encik Sham Integrated Farm. Nampak gayanya kambing lebih sukakan garam bukit berbanding garam jilatan biasa. Saya belum gantung lagi garam kambing dah sibuk nak menjilat. Terima kasih pada Encik Sham. Selain garam bukit, saya juga membeli EM aktif serbaguna untuk dicampur dengan molasses dan baja organik EM untuk dicampur dengan pellet.

1 comment:

Muhammad Farm said...

Salam Tuan,
wah,comel anak jamna tuan.memang ada nampak baka baik.semoga terus maju dalam bidang yg diceburi.