Sunday, September 28, 2008

SALAM AIDILFITRI

Buat semua Rakan2 ternak, Nizam Agro Farm ingin mengucapkan " SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ". Jika ada kelapangan dan kesempatan, jemputlah datang ke rumah saya di alamat :-

No 3, Jalan Saujana 2/11,
Taman Saujana Seksyen 2,
75450, Bukit Katil,
Melaka

Sunday, September 14, 2008

Semalam balik ke kandang sempat la ambik beberapa keping gambar kambing dan kandang baru yang masih dalam pembinaan. InsyaAllah akan siap selepas hari raya Aidilfitri nanti.










Gambar baby jamnapari yang berusia lebih kurang 1 bulan. Alhamdulillah telah menunjukkan tanda2 baka jamnapari yang tulen seperti ketinggiannya, susuk tubuh dan juga bulunya. Dia ni sangat jinak dan mesra terutama dengan anak2 saya :-








Gambar baby boer cross yang baru berusia 2 minggu :-





Semalam juga saya membeli garam bukit himalaya dari Encik Sham Integrated Farm. Nampak gayanya kambing lebih sukakan garam bukit berbanding garam jilatan biasa. Saya belum gantung lagi garam kambing dah sibuk nak menjilat. Terima kasih pada Encik Sham. Selain garam bukit, saya juga membeli EM aktif serbaguna untuk dicampur dengan molasses dan baja organik EM untuk dicampur dengan pellet.

Wednesday, September 3, 2008

Terkini di Nizam Agro Farm

Semalam, salah seekor anak kambing yang baru beranak(yang betina) telah mati. Tak tahu punca kematian. Tak ada rezeki kami dan mungkin ini ujian dari Allah s.w.t. Yang seekor lagi(jantan) alhamdulillah nampak sihat.
Plan untuk pembinaan kandang ke 2 telah bermula. Tiang batu dah tegak dah. Mungkin hujung minggu akan sambung lagi kerja2 pembinaan. InsyaAllah, saya akan update nanti.