Sunday, August 31, 2008

Kambing beranak lagi

Alhamdulillah, petang semalam seekor kambing betina boer cross anglo selamat melahirkan sepasang anak yang comel. Sempat la ambil 3 keping gambar untuk update dalam blog. Memandangkan jumlah kambing yang semakin bertambah dan ada perancangan untuk membeli kambing induk baru, Nizam Agro Farm mungkin akan membina sebuah lagi kandang baru. InsyaAllah, jika semuanya berjalan lancar kandang baru ini akan siap selepas hari raya aidilfitri ini. Jika ada kesempatan saya akan update perkembangan pembinaan kandang baru ini di masa akan datang. Di samping pembesaran kandang, Nizam Agro Farm juga telah menambah bilangan tanaman serai peha ayam di mana jumlahnya kini telah mencapai lebih kurang 50 rumpun. InsyaAllah, jika ada rezeki kami akan menambah lagi bilangan tanaman memandangkan telah mendapat tempahan dari penjual sayur berdekatan.




Sunday, August 17, 2008

Update - Tanaman Serai, Ayam Kampung & Gambar Terbaru Dak Tam

Alhamdulillah, tanaman serai hidup dengan subur. Ada la dalam 25 rumpun. Telah menerima tempahan untuk hari raya aidilfitri dari peniaga2 sayur kampung. InsyaAllah akan menambah tanaman serai dalam jangka waktu terdekat ini.












Ternakan ayam kampung di Nizam Agro Farm telah bermula. Jumlah lebih kurang 40 ekor dan akan bertambah kerana ada diantara ayam betina telah bertelur. Selain serai, ayam kampung juga telah di tempah oleh peniaga2 disekitar bandar Jasin.










Gambar terbaru Tam. Baru 2 bulan 3 minggu. Dah nak sama tinggi dengan maknya.






Wednesday, July 30, 2008

Alhamdulillah, petang semalam seekor kambing betina baka jamnapari telah selamat melahirkan seekor baby jamna jantan. Ayah sempat ambil video masa melahirkan. Gambar baby jamna masa baru lahir :-









Pagi Selasa semalam, pergi tengok kambing kat kandang Abang Omar di Air Merbau. Beli 2 ekor kambing betina baka jawa randu. Terima kasih pada Abang Omar sebab jual kambing yang tengah bunting kepada kami :-









Masa balik kandang Sabtu lepas, sempat la ambik beberapa keping gambar kambing tengah meragut rumput termasuk gambar pejantan boer tengah berposing :-








Sunday, July 13, 2008

Kelahiran Kedua Di Nizam Agro Farm

Alhamdulillah rezeki lagi. Pada 7 june 2008, seekor kambing betina boer cross telah selamat melahirkan sepasang anak kambing. Warna kedua-dua ekor ikut warna ibunya. Maka, bertambahlah lagi penghuni di Nizam Agro Farm. Sekarang ini, kami tengah menunggu kelahiran 2 ekor lagi kambing betina yang tengah bunting. Gambar kedua-dua anak kambing yang terbaru :-











Kelahiran Pertama Di Nizam Agro Farm

Alhamdulillah, pada 31 Mei 2008 yang lepas, seekor kambing betina anglo cross jamnapari telah selamat melahirkan seekor anak kambing jantan. Besar, tinggi dan comel. Tam nama di beri. Gambar-gambar Tam yang terbaru :-








Gambar-Gambar Kambing Di Nizam Agro Farm




Permulaan Projek Ternakan Kambing di Nizam Agro Farm

Projek ternakan kambing di Nizam Agro Farm telah bermula pada 10/3/2008.Untuk batch pertama, seekor penjantan Boer dan 3 ekor induk betina cross - jamnapari, anglo & boer telah di bawa masuk. 2 ekor daripadanya telah bunting.

Kemudian pada bulan April, seekor kambing jamnapari betina dari indonesia telah di bawa masuk dan pada bulan Mei seekor kambing betina boer cross telah di bawa masuk. Dua-dua tengah bunting. Beli sikit-sikit dulu. Ada rezeki tambah lagi. Bak kata ayah saya, kita jangan gelojoh.

Nizam Agro Farm juga dalam perancangan untuk menternak ayam kampung dan menanam serai(serai peha ayam dan serai wangi) secara komersial. InsyaAllah, saya akan update di masa akan datang.