Sunday, July 13, 2008

Permulaan Projek Ternakan Kambing di Nizam Agro Farm

Projek ternakan kambing di Nizam Agro Farm telah bermula pada 10/3/2008.Untuk batch pertama, seekor penjantan Boer dan 3 ekor induk betina cross - jamnapari, anglo & boer telah di bawa masuk. 2 ekor daripadanya telah bunting.

Kemudian pada bulan April, seekor kambing jamnapari betina dari indonesia telah di bawa masuk dan pada bulan Mei seekor kambing betina boer cross telah di bawa masuk. Dua-dua tengah bunting. Beli sikit-sikit dulu. Ada rezeki tambah lagi. Bak kata ayah saya, kita jangan gelojoh.

Nizam Agro Farm juga dalam perancangan untuk menternak ayam kampung dan menanam serai(serai peha ayam dan serai wangi) secara komersial. InsyaAllah, saya akan update di masa akan datang.

1 comment:

Ladang Fatima said...

En. Nizam,

Assalamu'alaikum,

Tahniah diucapkan atas kejayaaan En. Nizam. Insya'Allah, murah rezeki and ladang En. Nizam akan bertambah maju.

Kami pun baru membuka ladang kambing dekat Batang Melaka. Insya'Allah, kalau En. Nizam sudi, kami bolih tukar pendapat dan pengalaman.

Blog kami ialah ladangfatima.com

Wassalam